Ahad, 2 Januari 2011

PadaNya segala doaku bermuara..


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum wbt,

Segala pujian bagi ALLAH S.W.T, pemilik sekalian alam dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r.anhum dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah hari kiamat....Dan Segala puji bagi ALLAH S.W.T Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun. Yang membentangkan Tangan-NYA di siang hari agar orang berbuat dosa di malam hari bertaubat kepada-NYA, dan membentangkan Tangan-NYA di malam hari agar orang yang berbuat dosa di siang hari bertaubat kepada-NYA..........


" Ya ALLAH, perbaikkanlah hati-hati kami dalam kebaikan, perelokkanlah hubungan antara kami, dan tunjukkan kami jalan-jalan ke syurga-MU, dan selamatkanlah kami daripada kegelapan kepada Nur-MU, dan jauhilah kami daripada melakukan perkara-perkara keji dan fitnah samada yang zahir atau tersembunyi. Berkatilah kami pada pendengaran kami, penglihatan kami, pasangan-pasangan kami dan zuriat-zuriat kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, dan jadikanlah kami mensyukuri nikmat-nikmat-MU, memuji-MU dengannya, menerimanya. Sempurnakanlah ia ke atas kami." (HR Al Tabrani)

" Ya ALLAH Ya Rahman, rahmatilah, peliharalah, Ampunilah segala dosa-dosa kami dengan Syafaat Al-Quran, Matikanlah kami dalam Husnul khotimah, dengan akhir kalam kalimah Toiyyibah (La ilahaillallah MuhammadurRasulullah). Matikan kami dalam iman dan islam, dalam usaha agama yang mulia. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan azab api neraka. Jadikan kubur kami satu taman dari taman-taman syurga. Terangilah kubur kami dengan cahaya AL-Quranul karim"

Aamiin Ya Rabbal 'alamiin

Apa yg baik itu dtg dr ALLAH, dan yg lemah itu dtg dr diri hambanya ini....sama2 kita usaha atas iman, memohon keampunanNya, mensyukuri akan nikmatNya dan sentiasa bermuhasabah diri.
InsyaALLAH..
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP