Rabu, 1 Jun 2011

Solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Satu perkara penting ialah hal-hal lain ALLAH SWT sampaikan melalui Jibril a.s tetapi untuk solat, Baginda SAW dimikrajkan sendiri oleh ALLAH SWT. Malah Jibril a.s pun tidak dibenarkan berada disitu.


ALLAH SWT hadiahkan solat kepada baginda Nabi SAW dan sekalian ummat akhir zaman.

Ada tiga cara untuk tingkatkan solat kita yang akan menghentikan kita daripada segala kejahatan dan kemungkaran:

i) Jangan anggap sesiapa yang meninggalkan solat sebagai satu perkara yang ringan, tetapi hendaklah fikir serta kasihan ke atasnya dan usahakan supaya orang itu dapat menjaga solatnya, " ( Sesiapa yang dapat mulakan solat mereka melalui usaha kita, ALLAH SWT akan tanamkan roh ke dalam solat kita dan memberi saham yang banyak kepada kita diakhirat.)"

ii) Kita yang sedang mengerjakan solat hendaklah :

* Perbetulkan zahir solat kita (toharah, bacaan, toma'ninah dsb)
* Perbetulkan batin solat kita (muraqabah, tawajjuh & tadabbur)


Untuk mencapai maksud ini kenalah pelajari ilmu Al-Quran serta masa'il dan segala gerak geri melalui orang-orang yang tahu (berilmu) atau alim ulamak.

Rasulullah SAW menerangkan iaitu solat yang baik adalah seolah-olah kita nampak ALLAH atau merasakan yang ALLAH SWT sedang melihat kita zahir dan batin. Ini dinamakan Ihsan.

" ( Ihsan itu ialah ) engkau mengerjakan ibadat kepada ALLAH seolah-olah engkau melihatNya ( memerhatikan keadaanmu ). Kiranya engkau tidak dapat melakukan demikian, ( maka ingatlah bahawa ) ALLAH tetap melihat kamu ( memerhati keadaanmu ). ( HR Muslim )

iii) Apabila selesai solat, hendaklah bersyukur terhadap kurniaan ALLAH SWT kepada kita walau apa kekurangan- dengan syukur, ALLAH SWT akan tambah nikmatNya. Di samping itu kita perlu istighfar kerana banyak lagi keperluan dan hak-hak solat yang tidak tertunai. Doakan supaya ALLAH SWT tambahkan pimpinan (taufiq) dan perelokkan solat kita.

Antara tanda2:

- Dengan 2 rakaat solat terbuka pintu khazanah ALLAH
- Kecenderungan kepada fasha' dan mungkar berkurangan contoh : tengok wanita bukan muhrim, terus tundukkan pandangan.

Iman kuat:

- Solat jadi kuat
- Masalah selesai
- Dapat cegah fasha' dan mungkar
- Dapat bantuan ALLAH

Iman lemah - solat pun jadi lemah

lagi lemah - solat lambat
lagi lemah - solat luar waktu
lagi lemah - solat ditinggalkan terus

Nilai solat :

5 ganjaran :

1. Keberkatan hidup
2. Lepas siksa kubur
3. Dapat buku catatan amal dengan tangan kanan
4. Dapat melalui titian sirat sepantas kilat
5. Dapat masuk syurga tanpa hisab


Apabila solat kita betul, kita akan dapat buat amalan-amalan lain dengan betul. Kita dapat jaga haram-halal dan dapat mengelak daripada melakukan dosa. Malah apabila solat kita baik, maka lima rukun islam pun menjadi baik.

Insya'ALLAH
Wallahua'lam...
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP