Isnin, 16 Januari 2012

IHSAN...


Bismillahirrahmanirrahim....
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

Assalamu'alaikum w.b.t...

Rasulullah SAW datang ke dunia di kala dunia didalam kegelapan semenjak beratus-ratus tahun. Perkara pertama yang Baginda SAW usahakan ialah supaya manusia mengenal dan mentauhidkan ALLAH SWT serta hak ke atas diri sendiri diceritakan supaya manusia yakin kepada balasan-balasan terhadap kebaikan dan kejahatan di akhirat.

Baginda SAW menjalankan usaha supaya manusia betul-betul sentiasa berhubung dengan ALLAH SWT dan dengan itu hubungan dengan sesama manusia dapat diperbaiki dan diperelokkan.

Apabila usaha dakwah diteruskan oleh Rasulullah SAW, iman masyarakat telah bertambah (meningkat). Walau di malam gelap gelita pun manusia tidak sanggup membuat kejahatan (melanggar perintah ALLAH SWT).

Pada zaman Umar r.a menjadi khalifah, ada seorang ibu menyuruh anaknya mencampurkan susu dengan air untuk (dijual).
Anaknya berkata: " Bagaimana kalau Khalifah Umar tahu?"
Jawab ibunya: " Khalifah Umar tidak lihat, bagaimana dia boleh tahu?"
Lalu anak itu berkata, " Tetapi ALLAH melihat "

Di satu kisah yang lain pula, Pada satu musim kemarau, ibnu Umar r.a disuruh membeli kambing untuk disembelih.
Lalu dia berjumpa dengan seorang budak pengembala.
Budak pengembala itu berkata, " Ini bukan kambing saya".
Abdullah Umar r.a hendak menguji budak itu, katanya.." Tuan kamu tidak tengok, katakan sahaja kambing di makan serigala".
Jawab budak pengembala itu, " Tetapi ALLAH melihat saya".

ALLAHU AKBAR!! IHSAN telah sampai ke dalam hati ummat pada masa itu...

Abdullah ibnu Umar r.a mengajak budak itu makan bersamanya.
Kata budak itu, " Saya berpuasa" masya-ALLAH

Sungguh masih banyak lagi kisah--kisah seperti ini, yang mampu membuat kita berfikir dan melihat dengan mata hati kita, bagaimana tahap iman meraka-meraka yang terdahulu...Allahu Rabbi!!

" mereka yg terdahulu telah capai keimanan, seolah2 bagaimana kita nampak dunia dgn mata kasar kita, dan mereka nampak akhirat dgn mata hati mereka..Allahu Akbar! indahnya iman mereka"...T_T

Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP