Khamis, 26 Januari 2012

Bayan oleh : Profesor Siraj Amjad (Universiti Muslim Aligarh)



Bismillahirrahmanirrahim....
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
Assalamu'alaikum w.b.t...

Bayan oleh : Profesor Siraj Amjad (Universiti Muslim Aligarh)
Tempat: Sri Petaling, Kuala Lumpur
Tarikh : 7/10/96

Remaja dan pemuda adalah sangat penting, bakal keadaan sesuatu negara itu bergantung kepada remaja dan pemudanya. Kalau remaja dan pemuda buat usaha baiki diri. ALLAH SWT sangat suka.

Maksud seseorang memasuki universiti adalah untuk memperolehi ijazah, tetapi ada juga aktiviti-aktiviti lain didalamnya. Jika seorang pelajar itu tumpu kepada maksudnya sambil juga mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti lain, dia seorang yang disanjung. Tetapi kalau dia tidak tumpu kepada maksud dan hanya melibatkan diri dengan aktiviti lain sahaja, dia akan gagal. Demikianlah ALLAH SWT menghantar kita ke dunia ini, ada maksud dan ada juga keperluan. Maksud kita adalah untuk bersedia untuk akhirat. Masa dalam dunia begitu sekejap, seperti dalam universiti juga sekejap. Dalam masa yang sekejap ini kita perlu patuh kepada undang-undang tertentu dan selepas itu masa depan kita terang.

Ada cerita sekumpulan pelajar berseronok berkelah dan berperahu. Mereka bertanya kepada orang perahu, " Adakah tuan belajar fizik?"
" Tidak", jawabnya.
" Adakah tuan belajar ilmu alam?"
" Tidak".
Dan seterusnya, mereka berkata kepada orang tua itu, " Tuan telah sia-siakan separuh kehidupan tuan."
Perahu itu kemudiannya sampai kepada kawasan arus kuat.
Orang tua itu pula bertanya, " Adakah kamu belajar berenang?"
" Tidak", jawab mereka.
" Kamu telah sia-siakan seluruh hidup kamu!" kata orang tua itu sambil terjun dan terus berenang ke tepi. Persoalannya, adakah kita belajar agama dalam kita juga mempelajari perkara-perkara lain?

Ada 3 soalan dalam kubur. Siapa Rabb kamu, Apa agama kamu, dan diberi gambaran Rasulullah SAW, Adakah kamu kenal orang ini? Kita kena bersiap untuk soalan-soalan ini. Jika dalam satu peperiksaan dimana soalan dan jawapan diberi, kita masih gagal kerana tak buat persiapan, maka rugilah kita. Begitu juga ada 5 soalan diakhirat yang semua orang tak terlepas dari menjawabnya. Bagaimana kamu habiskan kehidupan kamu, Bagaimana kamu habiskan masa muda kamu, Bagaimana kamu dapatkan harta, Bagaimana kamu belanjakan harta, dan Adakah kamu amal menurut apa yang kamu tahu.

Untuk bersedia untuk akhirat, tidak memerlukan apa-apa (kebendaan) dan tak perlu tinggalkan apa-apa. Islam adalah agama fitrah. Islam mudah dan mengajarkan permudahan. Seperti yang diberitahu oleh sahabat r.a yang pergi dakwah suatu negara, mereka mengajak manusia daripada sembah manusia kepada sembah ALLAH SWT, daripada ketidakadilan agama lain kepada keadilan islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya.

Kita kena ingat tujuan hidup. Orang yang paling bijak adalah orang yang ingat mati dan bersiap untuknya. Orang bodohlah yang lupa akhirat untuk dunia.
Jadi apa kita perlu buat? Kita tak perlu tinggalkan apa-apa. Kita cuma perlu ubahsuai kehidupan kita supaya mengikut perintah ALLAH SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Daya yang menolak kita untuk buat ini adalah daya Iman. Sahabat r.a mempunyai iman yang kuat jadi mereka amal semua perintah ALLAH SWT dan setiap sunnah kepada mereka adalah lebih berharga daripada nyawa mereka. Kita perlu usahakan iman kita. Kita kena yakin bahawa dengan perintah ALLAH SWT dan sunnah Nabi SAW kita boleh dapat kejayaan dunia akhirat. Ini tak boleh didapati dari buku. Kita kena keluar ke jalan ALLAH SWT dan korban untuk agama, dengan itu kita dapat hidayat dan iman. Di tempat kami, Universiti Aligarh, alhamdulillah, usaha ini berjalan. Kami sarankan supaya pelajar beri masa 4bulan selepas habis belajar dan 40 hari dalam masa cuti setiap tahun dan beberapa banyak masa yang boleh diberikan.

Semoga bermanfaat bt pemuda-pemuda islam kita khususnya, insyaALLAH~
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP