Selasa, 7 Februari 2012

Al-Faz Usaha Baginda Nabi Muhammad SAW




بسم الله الرحمن الرحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

ALLAH Khaliq (Pencipta) ALLAH Malik (Pemerintah)
Untuk kejayaan manusia di dunia dan di akhirat, ALLAH SWT telah turunkan agama yang sempurna.
Dengan mengamalkan agama yang sempurna akan datang bantuan dan pertolongan ALLAH SWT.

Sebanyak mana kekurangan didalam mengamalkan agama yang sempurna maka sebanyak itulah kegagalan dan kerugian akan dialami oleh manusia di dunia dan di akhirat.

Sebanyak mana seseorang itu amalkan agama yang sempurna dan taat perintah ALLAH SWT maka sebanyak itulah kejayaan akan dialami oleh manusia di dunia dan di akhirat.

Agama yang sempurna tidak memerlukan mal or mulk (harta atau kuasa).

Untuk mendatangkan agama yang sempurna perlu kepada usaha Baginda Nabi Muhammad SAW yang mesti dibuat dengan cara Baginda Nabi Muhammad SAW.

Setiap ummati telah dipilih, diterima dan dihantar untuk usaha Rasulullah SAW untuk seluruh manusia seluruh alam sampai qiamat.

Usaha Baginda Nabi Muhammad SAW ialah:


  • Dakwah Iman dan Yakin


Untuk ini kita kena dakwah iman dan yakin, dengar dakwah iman dan yakin, duduk dan memikirkan dakwah iman dan yakin, kena lihat di dalam setiap kejadian ALLAH SWT tentang kehebatan dan kebesaran ALLAH SWT dan kita kena bergerak ke seluruh dunia untuk dakwah iman dan yakin.


  • Mewujudkan ta'alim fadhail
  • Membuat zikir dan ibadat dengan cara yang betul
  • Tilawatul Quran
  • Meningkatkan kekuatan doa
  • Bergaul dengan akhlaq Baginda Nabi Muhammad SAW


Kita kena buat usaha ini dengan:


  • Shahih yakin, bahawa ini perintah ALLAH SWT
  • Cara Nabi SAW dengan menanyakan Ulama' (shahih tarekat)
  • Meletakkan dihadapan kita pahala dan ganjarannya (ihtisab)
  • Merasai ALLAH SWT melihat dan memerhati kita (ihsan)
  • Semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH SWT (ikhlas)
  • Mujahadah nafsu (sedia membuat usaha dalam apa keadaan)


Kalau satu orang satu rumah, satu jemaah buat amal ini dengan sifat-sifat ini, dia akan dijadikan asbab untuk hidayat seluruh manusia seluruh alam.

Apa itu jemaah? Jemaah ialah mereka yang mempunyai:


  • Fikir, maksud dan zihin (risau bimbang) Baginda Nabi Muhammad SAW
  • Satu hati dan berkasih sayang
  • Cakap perkara sama


Setiap ummat ini mempunyai kemampuan dan kebolehan untuk membuat usaha ini.
Insya-ALLAH...sama-sama azam, usaha, doa...doa...doa hidayat

* Salam Maulidur Rasul *

Moga ALLAH kasih semua...:) 
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP