Ahad, 26 Jun 2011

Kisah Gadis Pemerah susu



بسم الله الرحمن الرحيم
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kisah Wanita Solehah


Sudah menjadi kebiasaan Amirul Mukminin, Umar bin Khattab r.a berkeliling mengontrol keadaan rakyatnya. Beliau biasa berkeliling menyusuri kota Madinah, hingga pada suatu ketika, setelah beliau melaksanakan solat subuh dan keadaan masih gelap gelita beliau berkeliling di pinggiran kota Madinah, akhirnya sampailah beliau di sebuah gubuk kecil. Kemudian terdengar suara seorang wanita dari dalam gubuk tersebut sedang berbicara kepada puterinya: " Kenapa tidak engkau campurkan saja susu itu dengan air?" '' Kenapa harus aku campurkan air pada susu ini, sedangkan Amirul Mukminin sudah melarangnya? '' Terdengar suara jawapan anak gadisnya. Ibunya menyahut: " Orang lain juga buat begitu, campurkan saja dengan air, orang lain kan tidak mengetahuinya?". Namun gadis tadi berkilah: " Apakah kalau mereka mencampurkan susu dengan air, lalu mereka masuk ke neraka dan kita mengikutinya?". Meskipun Amirul Mukminin tidak mengetahuinya, tetapi Tuhan Amirul Mukminin pasti mengetahuinya".

Umar r.a mendengar pembicaraan tersebut, lalu langsung pulang ke rumahnya. Kemudian beliau memanggil putranya, Ashim r.a dan diceritakan kejadian tersebut kepadanya, lalu beliau menyuruh Ashim r.a agar mau menikahi gadis itu, sambil berkata: " Alangkah untungnya andai ia dapat melahirkan seorang pahlawan yang akan memimpin seluruh Arab". Ternyata Ashim r.a pun menuruti keinginan ayahnya. Ia menikahi gadis jujur tersebut. Dari hasil perkahwinan mereka menghasilkan seorang anak perempuan yang diberi nama Ummu Ashim. Kemudian Ummu Ashim dinikahi Abdul Aziz bin Marwan, dan lahirlah dari pernikahan itu seorang putera yang diberi nama Umar bin Abdul Aziz. Demikianlah asal usul Umar bin Abdul Aziz yang terkenal keshalihannya seperti datuknya Umar bin Khattab r.a. Begitu bersih dan suci, jauh dari barang haram dan terpecaya. Ayahnya pula adalah seorang bangsawan yang terkemuka, dan seorang pemimpin bangsa yang terhormat. Datuknya pula adalah Khalifah Islam yang termahsyur.

Umar bin Abdul Aziz telah dijuluki dengan sebutan ' Syaikhul Zahidin ' dan ' Imamul 'Abidin '. Padahal ketika ia diangkat menjadi khalifah umurnya 30 tahun. Selama masa pemerintahannya selalu dalam keadaan hidup makmur dan tenteram, sehingga pernah terjadi pada masa pemerintahannya, orang-orang tidak ada yang mau mengambil harta sedekah, kerana demikian makmur kehidupan masyarakatnya. Zakat yang sudah terkumpul pun sudah diumumkan untuk diambil bagi yang memerlukan, namun berhari-hari tidak ada satupun yang merasa layak untuk mengambilnya, hingga ditawarkan ke lain kota dan lain negeri. Namun disana juga tidak ada lagi seorang pun yang merasa miskin. SUBHANALLAH!


Nabi S.A.W bersabda, " Sesungguhnya dunia seluruhnya adalah kenikmatan (perhiasan) dan sebaik-baik kenikmatan (perhiasan) dunia adalah wanita solehah" (HR. Bukhari)


Mudah-mudahan diri yang menulis serta muslimahku semua dapat mencontohi serta mengambil ibrah dari kisah ini..insya-ALLAH, usaha dan doa dengan hati yang penuh ikhlas semata-mata ingin mencari keredhaan-Nya...Aamiin.

Wallahu'alam




Rabu, 1 Jun 2011

Solat

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Satu perkara penting ialah hal-hal lain ALLAH SWT sampaikan melalui Jibril a.s tetapi untuk solat, Baginda SAW dimikrajkan sendiri oleh ALLAH SWT. Malah Jibril a.s pun tidak dibenarkan berada disitu.


ALLAH SWT hadiahkan solat kepada baginda Nabi SAW dan sekalian ummat akhir zaman.

Ada tiga cara untuk tingkatkan solat kita yang akan menghentikan kita daripada segala kejahatan dan kemungkaran:

i) Jangan anggap sesiapa yang meninggalkan solat sebagai satu perkara yang ringan, tetapi hendaklah fikir serta kasihan ke atasnya dan usahakan supaya orang itu dapat menjaga solatnya, " ( Sesiapa yang dapat mulakan solat mereka melalui usaha kita, ALLAH SWT akan tanamkan roh ke dalam solat kita dan memberi saham yang banyak kepada kita diakhirat.)"

ii) Kita yang sedang mengerjakan solat hendaklah :

* Perbetulkan zahir solat kita (toharah, bacaan, toma'ninah dsb)
* Perbetulkan batin solat kita (muraqabah, tawajjuh & tadabbur)


Untuk mencapai maksud ini kenalah pelajari ilmu Al-Quran serta masa'il dan segala gerak geri melalui orang-orang yang tahu (berilmu) atau alim ulamak.

Rasulullah SAW menerangkan iaitu solat yang baik adalah seolah-olah kita nampak ALLAH atau merasakan yang ALLAH SWT sedang melihat kita zahir dan batin. Ini dinamakan Ihsan.

" ( Ihsan itu ialah ) engkau mengerjakan ibadat kepada ALLAH seolah-olah engkau melihatNya ( memerhatikan keadaanmu ). Kiranya engkau tidak dapat melakukan demikian, ( maka ingatlah bahawa ) ALLAH tetap melihat kamu ( memerhati keadaanmu ). ( HR Muslim )

iii) Apabila selesai solat, hendaklah bersyukur terhadap kurniaan ALLAH SWT kepada kita walau apa kekurangan- dengan syukur, ALLAH SWT akan tambah nikmatNya. Di samping itu kita perlu istighfar kerana banyak lagi keperluan dan hak-hak solat yang tidak tertunai. Doakan supaya ALLAH SWT tambahkan pimpinan (taufiq) dan perelokkan solat kita.

Antara tanda2:

- Dengan 2 rakaat solat terbuka pintu khazanah ALLAH
- Kecenderungan kepada fasha' dan mungkar berkurangan contoh : tengok wanita bukan muhrim, terus tundukkan pandangan.

Iman kuat:

- Solat jadi kuat
- Masalah selesai
- Dapat cegah fasha' dan mungkar
- Dapat bantuan ALLAH

Iman lemah - solat pun jadi lemah

lagi lemah - solat lambat
lagi lemah - solat luar waktu
lagi lemah - solat ditinggalkan terus

Nilai solat :

5 ganjaran :

1. Keberkatan hidup
2. Lepas siksa kubur
3. Dapat buku catatan amal dengan tangan kanan
4. Dapat melalui titian sirat sepantas kilat
5. Dapat masuk syurga tanpa hisab


Apabila solat kita betul, kita akan dapat buat amalan-amalan lain dengan betul. Kita dapat jaga haram-halal dan dapat mengelak daripada melakukan dosa. Malah apabila solat kita baik, maka lima rukun islam pun menjadi baik.

Insya'ALLAH
Wallahua'lam...
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP