بسم الله الرّحمن الرّحيم
Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin…
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
BAYAN SUBUH OLEH MAULANA YAAKOB
WAKTU : JAM 6 PAGI (WAKTU INDIA), 6 SEPTEMMBER 1997
Maulana memberitahu rata-rata didunia ini menyangka kejayaan kehidupan mereka pada harta. Oleh itu mereka siang malam telah berusaha untuk menambahkan harta. Mereka telah menggunakan perempuan-perempuan mereka dan anak-anak gadis untuk mengumpulkan harta, dan ada juga yang telah menggunakan kanak-kanak untuk mengumpulkan harta.
Semua manusia diseluruh dunia dalam kegelisahan kerana telah meletakkan harta sebagai asas kejayaan dan penyelesaian masalah. Kehidupan manusia sekarang dalam huru-hara, masalah silih berganti, kerosakan demi kerosakan telah berlaku. Penipuan dan pembohongan berlaku dimana-mana, rasuah, pencurian, penzinaan, pembunuhan dan berbagai kerosakan telah berlaku. Kesemua ini disebabkan manusia menumpu kehidupan untuk mendapatkan harta.
Untuk membaiki keadaan tersebut manusia perlu dibawa keyakinan yang betul, iaitu kejayaan bukan pada harta tetapi kejayaan atau kegagalan ditangan ALLAh SWT. Qarun yang banyak harta tidak berjaya, begitu juga Kaisar dan Kisra yang mempunyai pemerintahan yang besar juga tidak berjaya. Kedai kecil atau kedai besar tidak memberi kesan apa-apa tetapi kesan datang dari ALLAh SWT. dengan kudratNya. ALLAh sahaja yang membuat segala-galanya, selain dari ALLAh tiada siapa boleh membina kehidupan mereka. Ada setengah manusia dari golongan terpelajar tidak dapat menggunakan otak fikiran mereka dengan waras, mereka juga beranggapan kejayaan kehidupan terbina dengan harta. Keadaan ini sama ehwalnya dengan kehidupan Arab jahiliah dahulu yang mana mereka telah meminta Rasulullah supaya bukit bukau disekitar Mekah menjadi emas dan mereka dapat mengambilnya bagi membina kehidupan. Rasulullah SAW memberitahu masyarakat jahiliah Arab bahawa ALLAh berkuasa menjadikan bukit bukau Mekah menjadi emas dan kawasan kering kontang mengeluarkan air. Beliau diutus bukan untuk maksud tersebut tetapi untuk maksud membawa manusia kepada Lailahaillallah.
Kisah : Nabi Ibrahim A.S meninggalkan anaknya Nabi Ismail A.S dan isterinya Siti Hajar dikawasan padang pasir kering kontang untuk menunjukkan kepada manusia bahawa ALLAh sahaja yang berkuasa keatas segala-gala, yang memelihara dan yang menyelamatkan dan yang memberi kejayaan serta kegagalan. Ini adalah peringatan bagaimana besarnya kudrat ALLAh SWT. Semua yang berlaku diseluruh dunia dan seluruh alam adalah dalam tangan ALLAh. ALLAh saja yang menyelamat dan memberi kejayaan. Asas bantuan ALLAh SWT akan datang apabila manusia menjalani kehidupannya dengan cara Muhammadurasulullah. Semua cara-cara kehidupan samada Yahudi, Nasaro, Hindu dan sebagainya perlu dinafikan bahawa kehidupan Nabi sahaja yang diterima ALLAh SWT dan mendapat kejayaan. Baginda walaupun seorang yang miskin dan fakir dan tidak ada harta kebendaan tetapi oleh kerana cara kehidupannya diredhai ALLAh SWT maka baginda telah mendapat bantuan ghaib ALLAh dalam setiap kehidupannya dimana telah mendapat keberkatan hidup.