Isnin, 23 Julai 2012

Fadhilat Solat Tahajjud (1)

Bismillah..
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawala quwwataillabillah
Selawat serta salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk ALLAH SWT.

Assalamu'alaikum wbt....
Sedikit perkongsian dari himpunan2 bayan, mengenai fadhilat solat tahajjud..


Fadhilat Solat Tahajjud

Yang memang menjadi kelemahan kita adalah doa. Dengan berdoa kita menzahirkan kelemahan diri dan kekuatan serta kekuasaan Allah SWT. Dengan doa barulah segala usaha kita akan ada roh. Nasihat orang-orang tua kita, bagi setiap satu kati usaha buatlah sepuluh kati doa. Da'ie2 sepatutnya menghabiskan masa satu jam setiap hari dlm berdoa. Setelah penat berusaha tidak pula kita berdoa, segala usaha kita akan jadi sia2. Dakwah dan doa tak dapat dipisahkan.

Kata Mehji Mehrab:
" Ummumi gasht, khususi gasht, bayan dan sebagainya adalah jasad. Doa seperti roh. Bila ada roh barulah amalan tadi ada manfaat. Oleh itu selepas tiap usaha berdoalah kepada Allah. Doa dengan angkat tangan adalah bentuk. Apa yang keluar dari mulut adalah lafaz. Hakikat doa ialah apa yang didalam hati. Kalau dalam hati ada fikir, Allah SWT akan terima walaupun tanpa lafaz."

Kata Maulana Ubaidullah:
" Doa sangatlah penting. Dalam memulakan amal dan menyelesaikan amalan hendaklah berdoa. Puasa, solat dan haji bermula dengan doa dan disudahi dengan doa. Sesiapa yang tidak berdoa, dia telah pergi ke arah yang salah."

Kata Mufti Zainal Abidin:
" Doa adalah amalan yang Allah sukai. Doa yang tidak harus dilupakan ialah doa yang difardhukan oleh Allah. Dalam solat kita baca Al-Fatihah 17kali satu hari. Doa hidayah difardhukan oleh Allah. Doa-doa lain adalah mustahab dan masnun. Allah fardhukan kita doa hidayah agar manusia faham hidayah itu penting. Walaupun seorang kaya macam firaun tetapi tiada hidayah, dia tak dapat apa-apa. Walaupun satu orang, tiada satu zarah pun tetapi dia ada hidayah dialah orang yang berjaya"

Dalam 1-2 tahun kebelangan ini ada bebarapa orang yang doa mereka panjang-panjang. Di dalam mimpi, mereka telah didatangi oleh Rasulullah SAW sambil berpesan:

Kamu selalu berdoa panjang-panjang tetapi kenapa kamu tidak berdoa untuk ummatku. Doakanlah:
" Ya Allah, ampunkan ummat Rasulullah SAW, Ya Allah berikan hidayah untuk ummat Rasulullah SAW, Ya Allah kasihanilah ummat Rasulullah SAW ".

Kata Hadzratji:
" Di malam hari berdoalah kepada Allah agar kita dicurahi hidayah, juga untuk orang tempatan, seluruh ummah dan manusia amnya. Andai kita tidak berdoa maka usaha kita tidaklah sempurna dan segala penat lelah kita tidak akan berjaya. Jika dakwah dan doa dijalankan usaha kita akan berjaya. Gunakan malam untuk berdoa atas usaha disiang hari ".

Orang-rang tua kita di Mewat, apabila esok ada ghast, dimalam hari mereka bangun berdoa sambil menangis-menangis:
" Ya Allah, esok ialah hari ghast kami. Ini kerja Nabi sedangkan kami tidak tahu hendak buat usaha ini. Tolonglah kami. Berikanlah hidayat, berikanlah kesan. Saya lemah Ya Allah. Saya jahil Ya Allah. Benar-benar saya tidak tahu, berikanlah saya hikmah, kekuatan dan kesabaran ".

Demikianlah wahai saudara semua, betapa pentingnya amalan doa. Doa di dalam tahajjud pula adalah amalan sahabat. Di siang hari mereka di atas kuda, di malam hari mereka di atas sejadah. Cubalah tidur dengan penuh adab dan niat tahajjud. Dan sebelum tidur bacalah kelebihannya lagi dan lagi.

Ada satu lagi amalan yang diajarkan oleh orang-orang alim, untuk bangun tahajjud di waktu yang mustajab, bacalah ayat Quran dari surah Al-kahfi iaitu 4 ayat terakhir yang bermula dari ayat innal-lazi-na-amanu atau selepas membaca ayat tersebut, niatkan pukul berapa hendak bangun. InsyaAllah ianya terbukti mujarab.

Solat di tengah malam amatlah dihargai tetapi amatlah sedikit bilangan orang yang mengerjakannya

Kata Jibril a.s : Tidak syak lagi kebesaran seorang mukmin adalah didalam tahajjudnya. Kemuliaannya adalah dalam keredhaannya dan kesabarannya.

2 rakaat solat ditengah malam adalah lebih berharga dari dunia dan seisinya kekayaan. Andai kalau tidak aku takut menyusahkan ummatku nescaya aku mewajibkannya.

Teruskanlah solat tahajjud kerana ia adalah perjalanan orang-orang yang soleh dan cara mendekati Allah SWT. Solat Tahajjud menjauhkan dosa, menyebabkan dosa terampun, meyihatkan kesihatan badan.

Seseorang yang solat 2 rakaat bersendirian dengan tidak sesiapapun kecuali Allah dan para malaikat~Nya sahaja yang melihat dia, api neraka tidak akan menyentuhnya.

Allah SWT mendekati para hambanya di akhir malam

Kehormatan dan kemuliaan seorang mukmin adalah didalam solat tahajjudnya.

Solat tahajjud akan dapat menghilangkan penyakit dari tubuh badan.

Menurut Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali Allah yang masyhur berkata," Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan,

  1. Keberkatan rezeki melalui Solat Dhuha
  2. Cahaya di dalam kubur didapati melalui Solat Tahajud
  3. Jawapan terhadap Soalan Munkar dan Nakir melalui membaca Al-Quran
  4. Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah
  5. Mendapat Naungan di bawah Arasy Ilahi melalui mengingati Allah S.W.T dalam keadaan bersunyi diri.


Allah SWT suka melihat 3 perkara:

  1. Sebarisan orang yang bersolat berjemaah
  2. Seorang yang sibuk dengan solat tahajjud di tengah malam
  3. Seorang yang berjuang dijalanNya

Di antara wasiat Allah SWT kepada Rasulullah SAW semasa Baginda naik mikraj ialah:
" Selalulah solat tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu adalah beserta tahajjud."

insyaAllah, akan bersambung....:)

***

Alhamdulillah, dgn izinNya Allah dpt juga berkongsi sesuatu disini...sgt2lah rinduu sebenarnya, Allahu Allah!

Didoakan semoga sahabat pembaca, follower serta pengunjung dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, dalam rahmat serta redhaNya,.
"TAQWA yang dicari moga dapat diraih", insyaAllah..aamiin

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua, mohon maaf zahir dan batin...

wallahu'alam
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP