Sabtu, 4 Ogos 2012

Fadhilat Solat Tahajjud (2)



Bismillah..
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawala quwwataillabillah
Selawat serta salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk ALLAH SWT.

Assalamu'alaikum wbt....
Semoga sahabat-sahabat yang Allah kasihi semua, sentiasa dalam rahmat dan redhaNya Allah SWT, aamiin,..


Sambungan dari Fadhilat Solat tahajjud, insyaAllah


Para ahli tahajjud akan diberi pakaian syurga dan kuda terbang yang tali kekangnya dari ruby dan mutiara. Bila ahli syurga bertanya: " Bagaimana mereka memperoleh darjat itu?" Maka akan dijawab: " Sesungguhnya mereka-mereka itu solat tahajjud dikala kamu semua nyenyak tidur".

Hadzrat Jabir berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Di setiap malam ada satu saat dimana Allah SWT akan menerima doa-doa"

Dan hamba-hamba yang pemurah ialah mereka yang:

  • Berjalan dibumi Allah dengan sopannya
  • Bila orang bodoh menghadap perkataan kepadanya, dijawabnya:" Selamat".
  • Di malam hari mereka menyembah Tuhan mereka dengan sujud dan berdiri.


Sembahyang malamlah engkau meskipun hanya sebentar, maka orang yang bersembnhyang malam itu adalah sebagus-bagus wajahnya.

Barangsiapa sembahyang tahajjud dan membaguskannya akan memperolehi 9 kurnia:

  • Allah memeliharanya dari segala macam bahaya
  • Dinampakkan tanda-tanda taat pada wajahnya
  • Dicintai dihati orang mukmin dan manusia seluruhnya
  • Perbicaraannya berisi hikmah
  • Dijadikan fikirannya bijaksana
  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah yang bercahaya
  • Dipermudahkan hisab diakhirat
  • Melintas titi sirat sepantas kilat
  • Diberi buku amalan ditangan kanan


Para ahli tahajjud akan menduduki tingkat tertinggi disyurga yang bangunannya boleh ditembusi cahaya.

Sembahyang tahajjud adalah seolah-olah sedekah yang dilakukan dengan sembunyi.

Sesiapapun yang sembahyang tahajjud dalam keadaan berlapar maka para bidadari akan datang mengelilinginya.

Orang-orang yang sentiasa sembahyang tahajjud akan diseru masuk syurga tanpa hisab.

Allah SWT sangat suka dan cinta pada mereka-mereka yang mengosongkan tempat tidur mereka di malam hari untuk solat tahajjud.

Nabi Ibrahim a.s dilantik menjadi Khalilullah kerana amalannya:

  • Suka memberi makan
  • Menyebarkan salam
  • Tahajjud malam


Sabda Rasulullah SAW:

  • Sebarkanlah salam
  • Berilah makan
  • Solatlah diwaktu malam
  • Hubungkanlah silaturahim


Mereka-mereka yang dikasihi Allah SWT ialah mereka yang semasa dalam perjalanan dengan teman-temannya, berjaga kemudian tidur, namun dia bangun sembahyang dilarut malam dengan payah dan susah.

Saat yang paling hampir dengan Allah SWT ialah diakhir malam. Maka seandainya engkau mampu untuk ikut serta menjadi orang yang mengingati Allah ketika itu, jadilah!

Mereka-mereka yang bertaqwa:

  • Yang berbuat baik didunia
  • Sedikit tidur dimalam hari
  • Di akhir malam memohon ampun kepada Allah


Jika seorang suami mengejutkan isterinya diwaktu malam dan mengerjakan tahajjud walaupun 2 rakaat, akan ditulis dalam golongan zakirin dan zakirat.

Allah SWT menyayangi suami isteri yang bangun untuk mengerjakan solat tahajjud.

Semulia-mulia dari umatku ialah Hamalatul Quran dan orang-orang yang bersembahyang di malam hari.

Rahmat Allah turun ke bumi pada 1/3 malam terakhir. Orang yang masih memerlukan tidur nyenyak daripada menyembah Aku maka pengakuan cintanya kepadaKu adalah omong kosong belaka. Bukankah setiap orang yang saling bercinta kasih itu mencari saat yang sunyi untuk berbisik dengan kekasihnya? Aku sangat senang sekali apabila melihat kekasihKu yang membayangkan kehadiranKu didepannya, berbicara hati ke hati denganKu. Orang-orang seperti ini akan Aku tempatkannya didalam syurga.

Sabda Rasulullah SAW: " Di sebahagian 1/2 malam yang terakhir itulah saat yang terbaik dan dikala itu arash akan bergoncang dan angin bayu bersiur dari Jannatul Aden dimana Allah SWT turun ke langit dunia (Rahmat Allah) ".

Dikatakan syaithan itu ada ubat yang dituang ke dalam hidung bernama Sa'uth. Ada benda yang diambil dengan senduk bernama La'uq. Ada ubat yang dituang pada luka dan mata bernama Zarur.

  • Ubat Sa'uth itu membawa kepada kelakuan yang buruk
  • Ubat La'uq itu membawa kelancaran lidah dengan kejahatan
  • Ubat Zarur itu membuat ketiduran sampai subuh.


Sesungguhnya telah diterangkan kepada Nabi SAW tentang satu orang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai subuh. Lalu rasulullah SAW menjawab: " Itulah orang telah dikencingi syaitan telinganya."

Kerjakanlah solat 2 rakaat dalam kegelapan malam untuk menghadapi kesuraman kubur.

Wahai Abu Hurairah, mahukah kamu supaya nikmat Allah berada padamu diwaktu kamu hidup dan mati, didalam kubur dan sewaktu kamu dibangkitkan?" Bangunlah malam dan lakukanlah solat"

Adapun sifat para sahabat ialah

  • Ahli ibadat dimalam hari
  • Singa-singa yang berjuang disiang hari

Solat yang terutama sesudah solat fardhu ialah solat di waktu malam.

****

InsyaAllah, sekian
wallahu'alam

p/s: Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan padaNya ya sahabat-sahabat semua, moga beroleh TAQWA yang dicari, aamiin

Salam kemaafan, dan mohon ditegur salah serta silapnya...moga Allah kasih semua
Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP