بسم الله الرّحمن الرّحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Buatmu Wanita Idaman: Kisah Siti Muthi'ah
“Fatimah anakku, mahukah engkau menjadi seorang perempuan yang baik
budi dan isteri yang dicintai suami?” Tanya si ayah Rasul junjungan
kita, Nabi Muhammad s.a.w.
“Tentu saja, wahai ayahku,” jawab Fatimah lembut.
“Tidak
jauh dari rumah ini terdapat seorang wanita yang baik budi pekertinya
bernama Siti Muthi’ah. Temuilah dia, teladani budi pekertinya yang baik
itu.”
Gerangan amal apakah yang dilakukan oleh
Siti Muthi’ah sehingga Rasulullah s.a.w. sendiri pun memujinya sebagai
perempuan teladan? Maka bergegaslah Fatimah menuju ke rumah Muthi’ah
bersama puteranya Hasan yang masih kecil itu.
Begitu
gembira sekali Muthi’ah apabila mengetahui tetamunya ialah Puteri Nabi
yang disanjunginya itu. “Sungguh bahagia sekali aku menyambut
kedatanganmu ini, Fatimah. Namun, maafkanlah aku sahabatku. Suamiku
telah beramanat, aku tidak boleh menerima tamu lelaki di rumah ini.”
“Ini Hasan puteraku sendiri. Dia kan masih anak-anak.” kata Fatimah sambil tersenyum.
“Namun, sekali lagi maafkanlah aku, aku tidak ingin mengecewakan suamiku, Fatimah.”
Fatimah
mulai merasakan keutamaan Siti Muthi’ah dan menjadi semakin kagum serta
berhasrat menyelami lebih dalam lagi akhlak wanita ini. Lalu
dihantarlah Hasan pulang dan bergegaslah Fatimah kembali ke rumah Siti
Muthi’ah.
“Aku jadi berdebar-debar,” Sambut Siti Muthi’ah. “Gerangan apakah membuatmu begitu ingin kerumahku, wahai puteri Nabi?”
“Memang
benarlah Muthi’ah. Ada berita gembira buatmu dan ayahku sendirilah yang
menyuruhku kesini. Ayahku mengatakan bahawa engkau adalah wanita
berbudi pekerti yang sangat baik. Kerana itulah aku kesini untuk
meneladanimu, Wahai Muthi’ah.”
Siti Muthi’ah
gembira mendengar kata-kata Fatimah. Namun, Siti Muthi’ah masih ragu.
“Engkau bergurau sahabatku? Aku ini hanya wanita biasa yang tidak punya
keistimewaan apa pun seperti yang engkau lihat sendiri.”
“Aku tidak berbohong wahai Muthi’ah, ceritalah padaku agar aku bisa meneladaninya.”
Siti Muthi’ah terdiam, hening seketika.
Lalu
tanpa sengaja Fatimah melihat sehelai kain kecil, kipas dan sebilah
rotan di ruangan kecil itu. “Buat apa ke tiga benda itu Muthi’ah?” Tanya
Fatimah.
Siti Muthi’ah tersenyum malu. Namun
setelah didesak, beliau pun bercerita. “Engkau tahu Fatimah, suamiku
seorang pekerja yang memeras keringat dari hari ke hari. Aku sangat
sayang dan hormat kepadanya. Ketika dia pulang, cepat-cepat aku sambut
kepulangannya. Ku buka bajunya, ku lapkan tubuhnya dengan kain kecil ini
sehingga kering keringatnya. Lalu dia pun berbaring di tempat tidur
melepaskan lelah. lalu aku kipasi beliau sehingga lelahnya itu hilang
dan tertidur lena.”
“Sungguh luar biasa pekertimu, Muthi’ah. Lalu untuk apa pula rotan ini?” soal Fatimah lagi.
Jawab
Siti Muthi’ah. “Kemudian, aku berpakaian semenarik mungkin untuknya.
Setelah dia bangun dan mandi, ku siapkan pula makan dan minum untuknya.
Setelah semua selesai, aku bertanya kepadanya, Oh kekanda, jika
layananku sebagai isteri dan masakanku tidak berkenan dihatimu, aku
ikhlas menerima hukuman. Pukullah badanku dengan rotan ini dan sebutlah
kesalahanku agar tidak ku ulangi.”
“Seringlah engkau dipukul olehnya, wahai Muthi’ah?” tanya Fatimah berdebar-debar.
“Tidak
pernah, Fatimah, bukan rotan yang diambilnya, tetapi akulah yang
ditarik dan dipeluknya dengan penuh kemesraan. Itulah kebahagiaan kami
sehari-hari,” jawabya lembut.
“Jika demikian,
sungguh luar biasa, wahai Muthi’ah. Sungguh luar biasa! Benarlah kata
ayahku, engkau perempuan berbudi baik,” kata Fatimah yang amat kagum
dengan budi pekerti yang dimiliki oleh wanita berwajah tenang itu.
terdapat
beberapa hadis yang yang menyatakan Kelebihan Wanita Solehah. Mudah
mudahan dengan membaca dan menghayati Hadis ini akan memberi kekuatan
kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Moga Allah memberi keberkatan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Maksudnya: Empat perkara siapa dikurniakannya maka sesungguhnya dikurniakan kebaikan dunia akhirat, lidah yang sentiasa berzikir, hati yang sentiasa bersyukur, sabar atas segala ujian yang diberikan Allah dan isteri yang tidak mengkianati suaminya sama ada pada maruah diri dan harta.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Tabrani dan al-Baihaqi.
Mutiara Kata
“Empat perkara yang mendatangkan kebahagiaan iaitu buku yang bermanfaat, anak yang soleh, isteri yang disayangi dan teman bergaul yang Soleh. Allah memiliki ganti untuk semua itu”.