Rabu, 4 September 2013

Renungan sejenak...


بسم الله الرّحمن الرّحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
 السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته 




Letih.
Letih memikirkan segala masalah di depan mata. Namun, adakah wajar untuk kita letih? Sebanyak mana usaha kita andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usaha kita berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah kita untuk berasa letih?

Kecewa.
Hampir setiap jalan yang cuba kita redah menemui jalan buntu. Namun, adakah layak untuk kita kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah kita untuk kecewa?

Sibuk. 
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi. Namun, layakkah kita untuk mengaku diri ini sibuk? Jika kita sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah kita dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih.
Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini. Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa.
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan. Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?

Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh? Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (At-Taubah:111)

-ILUVISLAM-


Dikuasakan oleh Blogger.
جـَــزَاكـُــمُ اللهُ خـَــيـْــرًا كـَــثـِــيـْــرًا

  © rakanseusaha Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan by Blogger.com 2010

Back to TOP